Friday, 31 May 2013

Port Dickson VBJ 2013

Semenjak pagi semalam , berhempas pulas mencari hotel .. akhirnya hari ni dapat juga kami mencari satu hotel. terus book..Sea Front Hotel.. macam mana hotel tu?..errrkk.. hanya tgk website jer.....

So plan asal untuk pergi hari Sabtu pagi 01 June 2013, terpaksa dibatalkan, kami akan bertolak hari ni jam 8:00malam.. Semoga semuanya berjalan lancar dan selamat...


Ni ler rupa vouchers yang kami beli tu.. mintak mintakah kena lucky draw...weehhh..hahhaha..

Wednesday, 29 May 2013

TTS Bersama Ah Tung di The Curve

 

Hari ni kami sempat bertemu dengan Bro Anron Tan atau nama glamer dia Ah Tung. Buat masa ini beliau bertugas di Honda Service Centre, Setia Tropika. beliau jugalah antara penyumbang kejayaan KHFM ketika ride pertama ke Johor. Jasa baik beliau ketika membantu kami di Johor amatlah tinggi kami hargai. Bukan setakat membawa kami berjalan-jalan di Johor, malahan ketika mencari bilik hotel untuk tidur disana pun beliau membawa kami. Keadaan waktu itu memenatkan. Aq Boss, Akam & Mohd Zaidan baru tiba dari KL (kecuali Mohd Zaidan dari Melaka).

Ah Tung menemani kami berjumpa dengan ramai dealer-dealer Honda di Johor. Hinggakan mendapat perhatian dari dealer-dealer disana. Kami juga berjaya sampai di Tg Piai buat kali pertama.

Antara gambar-gambar yang berjaya di rakamkan, (rujuk juga fan pages kami di facebook, klik SINI
















Sebelum terlupa.. kami juga sempat singgah di Killiney NusaJaya pada awal pagi. Terima Kasih pada Killiney Nusajaya kerana sponsor breakfast kami . Memang Lazat!

Antara gambar-gambar yang berjaya di rakamkan,(rujuk juga fan pages kami di facebook, klik SINI )












 Gambar diatas terbukti pengiktirafan yang diberikan oleh pihak Killiney NusaJaya pada KHFM. stiker KHFM adalah stiker pertama yang dilekat di pintu masuk utama Killiney NusaJaya.
Terima kasih Dato dan Datin.. :)










 Gambar diatas, kenangan bersama-sama kakitangan Killiney Nusa Jaya.
Ketika di Killiney Nusajaya, kami juga sempat membuat satu klip video khas untuk Killiney NusaJaya sebagai tanda terima kasih ke atas sokongan yang diberikan pada KHFM. Video tersebut akan saya upload nanti.

Gambar kat bawah ni sempena Briged Patriot, sebagai ahli Briged Patriot, kami juga sempat bergambar dengan anggota polis di Balai Polis NusaJaya.




Untuk mengetahui dan mengikuti perkembangan semasa Briged Patriot, sila klik di SINI
Jangan lupa untuk klik Like yer..

Tuesday, 28 May 2013

Mengenali Honda Future 125



Kepada yang masih ragu - ragu akan rupa Honda Future ...kat tepi inilah rupanya yang ayu dan hensem...

Mesti anda tergoda kan...






  Apa kelebihannya? Banyak.. antaranya helmet in..


Satu helmet full face boleh masuk.. ada juga yang dah pernah try masukkan beras 10 kilo pun boleh.. dengan selamber.. ada tu siap try parking "Baby" lagi..

X percaya??.. nanti aku minta permission dulu .. nanti dah dapat green light aku up gambar tu sebagai bukti..




Disamping itu Honda Future juga mempunya kelebihan - kelebihan seperti berikut :
  1. Tangki minyak petol yang besar. Boleh mengisi sebanyak 5.6 liter...
  2. Tempat duduk dia yang lebar.. amat selesa.. pengalaman peribadi ride solo gi Johor siap singgah Melaka semasa otw pergi..ok jer..alhamdulillah.. badan dan punggung ok jer..
  3. Model nih juga ada beberapa spesifikasi.. ada disk brake depan+belakang yang ni kira full spec lah..ada juga yang brake drum..dan pelbagai lah...
  4. Honda Future juga mempunyai lampu kabus.. time aku menulis nih .. dah ramai pemilik yang menukar warna lampu tersebut.. lampu led pun murah.
Kalau nak tau dengan lebih detail lagi sila klik SINI

Sebelum tu kita layan dulu video promo HF..

video






Monday, 27 May 2013

Pertama

Alhamdulillah.. walaupun masih tidak seberapa lengkap, blog The Futurians ini dipublish jua.. Terima kasih En Syamil Zainal kerna menjadi penasihat terkejut pada jam hampir 3pagi ini.

Ini lah gambar En Syamil Zainal yang telah membantu saya.. :)