Showing posts with label rantai. Show all posts
Showing posts with label rantai. Show all posts

Monday, 12 May 2014

DIY - penukaran sprocket & rantai

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Lama sudah tidak ketemu,
Hari berganti bulan berganti,
Izin kan hamba menulis entri baru,
Untuk panduan Future di hati.

Tu dia! Saya mulakan entri ni dengan serangkap pantun. Hehe. Kali ini saya akan berkongsi tentang DIY (do it yourself) penukaran sprocket dan rantai Honda Future. Sememangnya sprocket asal masih belum tajam, tapi saya mula perasan rantai sudah tidak elok, mengeluarkan bunyi tidak enak dan berkemungkinan boleh putus pada bila-bila masa. Jadi eloklah sediakan payung sebelum hujan. Untuk pertama kalinya setelah lebih kurang 1 tahun 8 bulan menggunakan Future dengan odometer 25768 km, saya mengambil inisiatif untuk melakukan kerja-kerja ini sendiri setelah membeli rantai SSS 108L dan sprocket 14-37. Saya ingin menguji sejauh mana perbezaan pick-up dan kelajuan Honda Future setelah sprocket belakang ditambah 1 mata (sprocket belakang asal 36 mata). 



Anda perlu sediakan alat-alat yang mencukupi untuk melakukan kerja DIY ni. Mula-mula, tanggalkan cover hitam dengan menggunakan spana-T size 8mm. Cuma perlu tanggalkan 1 skru pada bahagian bawah, kemudian cover ini perlu dipusing perlahan-lahan bagi menanggalkan ikatan bahagian atas yang bersambung dengan cover set. Anda boleh selak sedikit cover set yang memegang cover luar ni bagi mendapat idea macam mana cara menanggalkannya. Jika tidak dapat keluarkan jugak, terpaksalah buka cover set yang berdekatan bahagian cover luar tu.

Cover luar


Cover sprocket depan


Kemudian, buka cover hitam yang menutup sprocket depan dengan menanggalkan skru atas dan bawah yang bersaiz 8mm. 

Kotoran yang melekat pada cover sprocket depan




Kotoran pada bahagian berdekatan dengan sprocket depan


Setelah dibuka, barulah saya sedar betapa kotor dan banyaknya sampah sarap melekat pada cover hitam dan bahagian lain yang berdekatan dengan rantai. Kotoran tersebut boleh ditanggalkan dengan menyapu bahagian yang kotor dengan minyak petrol. Dinasihatkan supaya memakai mask semasa kerja-kerja pembersihan kerana bau petrol tidak elok untuk kesihatan.

Longgarkan nut saiz 14mm pada sprocket belakang dengan posisi motosikal dengan side stand. Kemudian cabut klip rantai menggunakan playar.

Longgarkan nut pengikat sprocket belakang satu per satu


Klip pengikat rantai


Keadaan setelah rantai dicabut


Untuk mencabut sprocket depan, masukkan gear 1 supaya sprocket depan tidak berpusing semasa nut dibuka. Kemudian tanggalkan nut 10mm tersebut dengan spana-L atau spana lain yang bersesuaian. Terdapat trick ringkas pada bahagian A & B yang bergerigi yang akan memastikan sprocket depan diikat dengan kemas di tengah bahagian A.


Setelah itu, tanggalkan tayar belakang untuk menggantikan sprocket belakang. Ikat sprocket belakang dengan teguh. Nut pengikat boleh diketatkan dengan sempurna setelah tayar belakang dipasang balik dengan motosikal berada pada side stand. 


Bahagian berdekatan sprocket belakang juga elok dibersihkan

Sprocket 37 yang telah siap dipasang

Kemudian, pasang balik tayar belakang dengan kemas. Untuk kombinasi sprocket 14-37, saya tidak perlu memotong rantai kerana panjang rantai yang sedia ada sudah cukup-cukup padan. Jika anda menggunakan sprocket yang lebih kecil, disarankan memotong sedikit bahagian rantai bagi mengelakkan rantai menjadi cepat longgar.

Alat pemotong rantai

Pasang balik cover sprocket depan & cover luar. Pastikan rantai diselaraskan dengan ketegangan yang bersesuaian, pada kelegaan 25-35 mm (1.0-1.4 in).



Pastikan rantai berada pada kelegaan yang sesuai

Moga berjaya! Diingatkan bahawa segala risiko/kerosakan atas tanggungan sendiri. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada bro Azri Dean & Anron Tan atas panduan yang diberikan semasa kerja-kerja penukaran rantai & sprocket ini. Jumpa lagi di lain waktu.:)

Sunday, 4 August 2013

Honda Future 101 - Pentingnya kebersihan rantai dan pemacunya

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dah lama tak update blog Honda Future ni. Dah bersawang dah wakaka. Almaklum saya baru habis 'mood : final exam' di kolej saya. Baru sekarang ada masa untuk buat entry baru. Maaf atas segala kesulitan. ;-)

Entry kali ni dibawakan untuk anda oleh tuan presiden kita, tuan Rashimy. Baru-baru ni (sebenarnya dah lama) beliau buat pemeriksaan rantai dan pemacu motorsikalnya. Walaupun tak lama mana sejak 'penyucian menyeluruh' rantai, tapi sekejap je rantai boleh 'tercemar' dengan kotoran semula. Maka bolehlah buat pembersihan rantai dan pemacu secara 'basic'. Untuk pembersihan rantai secara 'advance' saya akan upload bila saya nak cuci rantai pakai petrol. Bila? Saya pun tak pasti. Yang basic pun susah nak buat, inikan nak buat advance.. Erk?

Kebersihan rantai sangat penting, tak kisahlah motorsikal kapcai seperti Honda Future, mahupun superbike seperti Honda CBR1000RR Fireblade. Selain dapat menjimatkan duit, anda juga boleh mengelakkan kerosakan yang tidak diingini dan mengekalkan prestasi jentera anda. Bayangkan kalau anda tak jaga kebersihan rantai, tengah layan full throttle top speed Honda Future seratus nam kat PLUS, tiba-tiba...!! Motor meraung tak boleh pergi lagi. Rupanya rantai sudah tercicir entah ke mana. Alamak potong stim bai...

Ok cukup mengarut. Sekarang kita kenal pasti bahagian mana yang akan selalu tercemar dengan kotoran...

Chain guide

Bahagian ni berada dalam cover hitam, atas cover spoket depan. (faham tak?) Spoket depan punya cover, atas dia ada cover hitam. Bukak je cover hitam tu. Ada satu skru bunga philip kat bawah cover hitam tu. Bukak skru tu dah boleh bukak cover hitam. Cara bukak, tarik je cover hitam tu wakaka.

Pemandu rantai ke jalan yang benar (atau chain guide) ni akan selalu kotor. Pasir dan batu kecil akan bersarang di kawasan ini tanpa kita sedari. Bila rantai kendur, ia akan mengendurkan dirinya (you don't say?...) dan menggunakan chain guide ini supaya rantai tak hilang arah, lalu menyapu segala pasir dan batu yang bersarang di situ. Bila rantai menyapu segala kotoran dan sampai ke spoket, maka pendeklah jangka hayat spoket dan rantai motor anda.


Cover hitam atas cover spoket

Inilah yang dimaksudkan cover hitam, atas cover spoket. Cover ini yang menutup chain guide supaya kotoran tidak hadir dari tepi. Walau bagaimanapun, kotoran masih boleh datang dari alam misteri. Kotoran di bawah cover hitam tu tak akan kena rantai, tapi alang-alang dah bukak tu apa salahnya bersihkan.


 

 

Ok nak buka cover spoket belah depan tu, anda boleh gunakan spanar T saiz 8. Ingat lagi tak spanar T? Kalau tak ada spanar T, spanar saiz 8 yang panjang sikit pun boleh. Oleh kerana nat atas tu agak ke dalam, menggunakan spanar bulat atau spanar C saiz 8 adalah mustahil. Bukak je nat atas bawah tu, dah boleh bukak cover spoket depan.

 

 

Bila dah bukak cover spoket depan, maka anda akan nampak keindahan (erk) spoket depan. Spoket depan yang memacu motorsikal anda supaya boleh bergerak, bilamana ianya dikawal oleh tangan kanan anda. Lagi banyak anda perah, lagi kuat minyak parah. Kotoran juga suka bersarang di kawasan spoket depan, jadi pastikan kawasan sekeliling spoket depan bebas dari kotoran.


Sebelah spoket depan ialah chain guide. Seperti yang anda dapat lihat, rantai kendur 'landing' di chain guide tersebut. Bayangkan kalau banyak kotoran kat chain guide tu. Rantai memainkan peranan membawa kotoran ke spoket depan dan belakang... Perfect conveyor belt of destruction. :-p



Perhatikan juga plate/washer/besi yang melapik cover spoket depan. Juga boleh tercemar dengan kotoran. Kasi bersih, alang-alang dah bukak dengan cover spoket depan sekali, kasi bersih semua...



Dah bersihkan semua, boleh pasang balik cover spoket depan dan cover hitam tadi dan selesailah upacara pembersihan rantai dan pemacunya secara basic. Walaupun basic, nampak macam simple, tetapi ianya boleh memanjangkan hayat rantai dan spoket anda. Nampak remeh, tapi itulah yang biasa manusia ambil remeh. Pastu rantai dan spoket kena tukar selalu, mula nak mengomel dalam Facebook. Pastu post kena delete dengan tuan presiden, mengomel lagi wakaka.

Dah banyak kali ingatkan, RISIKO TANGGUNG SENDIRI. Kalau anda tak yakin, JANGAN BUAT. Dapatkan nasihat pomen berdekatan anda. Kalau salah buat, rosak sana sini, kami tak tanggung. Kami buat sebab kami tahu apa kami buat. Kalau anda pandai-pandai buat selain apa yang kami buat, kami pun tak tau nak buat macam mana lagi. Oh ya, dah bersihkan rantai tu, minyaklah balik rantai tu. Kang makin cepat rosak pulak rantai dan spoket tu. Sekian, kbye. :-)

p/s : Jangan lupa click likes fan page The Futurians di sini .