Sunday, 16 February 2014

Pemasangan unit DC 12V pada Honda Future!

Salam sejahtera. Untuk entri kali ni, saya akan berkongsi tentang modifikasi yang telah dilakukan oleh rakan Futurians, saudara Mohamad Nazir terhadap Honda Future beliau. Untuk modifikasi ini, peralatan yang diperlukan ialah drill, screwdriver, spana rachet size 10 & 8, wire tape, set DC 12V, suis tekan hidup/mati. Cara-caranya:

1. Tanggalkan bakul motosikal.
2. Buka cover angin depan dengan hati-hati. Set target kiri/kanan kokpit yang warna hitam mengikut kesesuaian masing-masing.



3. Tandakan target. Tebuk guna drill mata besi. Kemudian drill guna mata batu dengan penuh teliti (untuk mendapatkan hasil yang kemas dan tepat).

4. Masukkan unit induk DC 12V. Jika lubang masih sempit, kasi drill lagi sehingga unit tersebut muat dan ketat. Pastikan ia tidak menjadi longgar.

5. Pasangkan wayar pada unit DC 12V itu. Masukkan wayar ke bahagian dalam dengan kemas sehingga menonjol di tepi bateri.
6. Potong wayar merah dengan panjang sama rata untuk pemasangan suis keselamatan.
7. Untuk memasang suis keselamatan, tanggalkan seat terlebih dahulu. Buka kabin helmet dengan hati-hati. Keluarkan kabin tersebut dan tandakan target untuk tempat letak suis.

8. Drill dengan mata besi mengikut size diameter suis. Pasangkan suis dan siapkan wiring warna merah pada suis.
9. Selitkan 2 wayar suis dengan hati-hati. Elakkan daripada bersentuhan dengan bahagian enjin. Sambungkan wayar suis kepada wayar merah yang dipotong tadi.
10. Pastikan sambungan wayar tadi di'tape'kan agar tidak bersentuhan pada body HF. Sambungkan kepala tembaga wayar yang bulat pada skru bateri mengikut warna merah/hitam.

11. Uji litar menggunakan pengecas handphone yang ada LED. Uji suis keselamatan agar tidak berlaku litar hidup yang berpanjangan.
12. Akhir sekali, pasang balik cover HF dengan kemas. Haa, dah siap! Selamat mencuba!

p/s: Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian, kerosakan, kemalangan ataupun kematian akibat daripada modifikasi ini. Pembaca hendaklah menilai dan menggunakan pertimbangan sewajarnya.

12 comments:

  1. assalamulaikum..saya akmal..baru je beli honda future ni dlm beberapa hari lepas..sebelum ni saya pakai honda dash..saya nak tanya..future ni mmg pickup kurang skit ke?..sbb bile sy bawak terasa jugak kurang pickup nye compare dgn dash..saya nak tau sbb takot2 saya punya motor je yang mcm tu..takot ade problem..tq...

    ReplyDelete
    Replies
    1. try setting karb bro..saya lepas setting pickup cun gila naik 100 pun cepat je...dah masuk gear 4 pun nak pergi 120 boleh rasa dia punya rasa kebelakang bila shifting..lagi2 baru tukar tayar pirelli,lagi la terasa sbb tayar tu grip gila . sekian .

      Delete
  2. wa'akummusalam wbt.. tahniah kerana menjadi pemilik Future yg baru! Yup, HF ni pickup kurg skit & meter dia sedikit berat berbanding motor kapcai lain.. saya nasihatkan saudara tukar minyak hitam bila dah cecah 500km.. ape2 brand yang 10W30 (hati2 dengan produk tiruan).. untuk maklumat lanjut, saudara boleh join fb group: Sahabat The Futurians

    ReplyDelete
    Replies
    1. orait.ingtkan ade problem motor sy..huhu..tq ye..selalunye tts kt mne?

      Delete
    2. No prob:) .. biasanya tertumpu di area sekitar KL/Selangor..tp kdg2 ktorg ade pergi ke N9, Johor dll..

      Delete
  3. oo..saya baru add sahabat the futurians tunak tanye..saya ni pkai future yg basic..yg lidi punye..so..nk tnye..stakat ni..ade x mmber2 future yg beli pakai sportrim lain?..mksdnye..after market pnye rim...

    ReplyDelete
  4. Tak faham la. Ada circuit diagram tak ?

    Biasanya untuk kill swith, sambung wayar (+) pada coil plug ke body. Coil plug ada dua wayar, satu body, satu +. Bila swith ON tak hidup la motor sebab coil plug tak ada api. Cara ni tak perlu kacau bateri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, xde bro. Saya sendiri belum cuba buat lagi. Saya cuma rujuk & edit artikel saudara Mohamad Nazir yang telah berjaya memasang DC 12V pada HF beliau. Boleh cuba tanya beliau dalam fb group Sahabat The Futurians.

      Delete
  5. as salam...nak tanya honda future ni boleh ke pasang clutch tangan...mcm motor yamaha lc?

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum, semalam motor saya tetibaje lampu padam, lepas tu horn pulak tak bunyi, tekan horn enjin mati, last sekali, bateri habis, motor dah tak boleh hidup, caj balik bateri baru motor boleh start semula, beteri habis mati semula, saya cek coil dalam enjin, ok je, cut out tak tau pulak...
    kalau macam tu biasanya pasal apa bang

    ReplyDelete