Salam 1 Hati Futurians!! Untuk entry pertama daripada saya, ingin saya memberi tumpuan kepada salah satu unsur keselamatan ketika bermotorsikal iaitu helmet, satu keperluan yang sangat penting bagi semua rider tak kira motosikal apa yang digunakan, baik Honda Future mahupun Honda Goldwing! Helmet merupakan satu keperluan dan
sememangnya tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan seharian seorang rider.
Terdapat pelbagai jenis helmet di pasaran. Ada yang fullface, half-face, ada penghadang cahaya matahari di depan, off-road & baby helmet. Pun begitu, kebanyakan rider biasanya menggunakan helmet half-face atau full-face yang tiada penghadang cahaya matahari. Helmet yang baru dibeli biasanya didatangkan dengan visor lutsinar (transparent) seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah:
Terdapat pelbagai jenis helmet di pasaran. Ada yang fullface, half-face, ada penghadang cahaya matahari di depan, off-road & baby helmet. Pun begitu, kebanyakan rider biasanya menggunakan helmet half-face atau full-face yang tiada penghadang cahaya matahari. Helmet yang baru dibeli biasanya didatangkan dengan visor lutsinar (transparent) seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah:
Helmet full-face dengan visor lutsinar yang terdedah kepada sinaran matahari. |
Visor lutsinar yang sedia ada tidak sesuai digunakan
kerana akan menampakkan lapisan tinted yang akan dibuat. Bagi helmet model ini
(LTD Fullface Supra Solid), tinted visor tidak terdapat di bengkel motosikal
yang biasa. Anda boleh dapatkannya di kedai aksesori motosikal yang besar atau
boleh dipesan secara online.
Pertama sekali, keluarkan visor asal. Pusingkan skru
visor menggunakan duit syiling 10 sen. Bersihkan permukaan tinted visor bagi
memastikan kekemasan tinted yang akan dipasang.
Setelah itu, ambil sekeping kertas A4. Ukur panjang
& lebar tinted menggunakan kertas A4 terlebih dahulu. Panjang tinted adalah
sama panjang dengan kertas A4 iaitu 29.7 cm dan lebar dalam 4.7 cm.
Tandakan pada kertas mengikut size visor.
Keluarkan kertas tersebut, lipatkan seperti dalam
gambar di atas bagi mendapatkan bentuk yang simetri. Kemudian gunting bahagian
yang ditandakan tadi.
Kertas tersebut boleh diperiksa pada visor sama ada
‘ngam’ atau tak ‘ngam’. Jika tidak ‘ngam’, anda boleh mengubahsuai kertas
tersebut bagi menepati size visor.
Kemudian, bolehlah anda tandakan pada tinted mengikut
size kertas tersebut. Potong tinted mengikut size yang ditandakan tadi.
Beginilah rupa visor yang telah siap ditinted.
Untuk kesan halangan cahaya yang lebih efektif, lapisan tinted perlu dibuat dua
kali ganda (double layer tinted) dengan mengulangi proses-proses di
atas.
LTD fullface with double tinted-dark visor!
Perbandingan visor terdahulu (kanan) dengan visor sekarang
(kiri). Selamat mencuba J