Wednesday, 29 May 2013

TTS Bersama Ah Tung di The Curve

 

Hari ni kami sempat bertemu dengan Bro Anron Tan atau nama glamer dia Ah Tung. Buat masa ini beliau bertugas di Honda Service Centre, Setia Tropika. beliau jugalah antara penyumbang kejayaan KHFM ketika ride pertama ke Johor. Jasa baik beliau ketika membantu kami di Johor amatlah tinggi kami hargai. Bukan setakat membawa kami berjalan-jalan di Johor, malahan ketika mencari bilik hotel untuk tidur disana pun beliau membawa kami. Keadaan waktu itu memenatkan. Aq Boss, Akam & Mohd Zaidan baru tiba dari KL (kecuali Mohd Zaidan dari Melaka).

Ah Tung menemani kami berjumpa dengan ramai dealer-dealer Honda di Johor. Hinggakan mendapat perhatian dari dealer-dealer disana. Kami juga berjaya sampai di Tg Piai buat kali pertama.

Antara gambar-gambar yang berjaya di rakamkan, (rujuk juga fan pages kami di facebook, klik SINI
















Sebelum terlupa.. kami juga sempat singgah di Killiney NusaJaya pada awal pagi. Terima Kasih pada Killiney Nusajaya kerana sponsor breakfast kami . Memang Lazat!

Antara gambar-gambar yang berjaya di rakamkan,(rujuk juga fan pages kami di facebook, klik SINI )












 Gambar diatas terbukti pengiktirafan yang diberikan oleh pihak Killiney NusaJaya pada KHFM. stiker KHFM adalah stiker pertama yang dilekat di pintu masuk utama Killiney NusaJaya.
Terima kasih Dato dan Datin.. :)










 Gambar diatas, kenangan bersama-sama kakitangan Killiney Nusa Jaya.
Ketika di Killiney Nusajaya, kami juga sempat membuat satu klip video khas untuk Killiney NusaJaya sebagai tanda terima kasih ke atas sokongan yang diberikan pada KHFM. Video tersebut akan saya upload nanti.

Gambar kat bawah ni sempena Briged Patriot, sebagai ahli Briged Patriot, kami juga sempat bergambar dengan anggota polis di Balai Polis NusaJaya.




Untuk mengetahui dan mengikuti perkembangan semasa Briged Patriot, sila klik di SINI
Jangan lupa untuk klik Like yer..