Pengenalan

 

 
 Kelab Honda Future Malaysia
Dikemaskini pada : 04.10.2013
 
_______________________________________________________________________________


Terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih diatas minat Tuan/Puan/Cik/Encik/Dato untuk menjadi sebahagian dari keluarga Futurians kami yang kecil ini.
 
Kelab Honda Future Malaysia @ facebook atau nama singkatannya KHFM, ditubuhkan dengan bertujuan untuk mengumpulkan semua pemilik motorsikal berjenama Honda Future .
Disamping itu, penubuhan kelab ini juga bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim sesama pemilik Honda Future , berkongsi idea dan pandangan tentang apa jua aktiviti yg berkaitan dengan motorsikal Honda Future khasnya dan juga apa-apa jua aktiviti yang lain.

Selain beramah mesra, kelab ini juga bertujuan memupuk ahli-ahli tentang cara-cara tunggangan secara berhemah dan kami semua membenci aktiviti tidak bermoral dan melanggar undang-undang Malaysia..

Antara aktiviti yang dijalankan oleh ahli-ahli kelab antara lain adalah TTS (Teh Tarik Session), Gathering, Konvoi, Riadah  , Kemasyarakatan dan segala aktiviti yang melibatkan ahli group secara keseluruhannya. 
 
Sedikit pengenalan juga mengenai satu syarikat yang ditubuhkan untuk memudahkan segala urusan yang melibatkan KHFM, dikelolakan ahli-ahli KHFM sendiri. Syarikat tersebut dikenali sebagai Futurians Global Network. Dan ahli-ahli KHFM ini juga dikenali sebagai The Futurians.
 
Fungsi utama syarikat ini adalah untuk memperkenalkan KHFM disamping mencari tabungan dengan cara menjual barangan yang mempunyai jaminan dan berkualiti dengan harga yang murah. Disamping itu, dengan setiap penjualan barangan tersebut, keuntungan akan disalurkan semula pada ahli-ahli, supaya sesuatu aktiviti dapat dilaksanakan dengan kos seminima mungkin. Bermakna , ahli-ahli hanya perlu mengeluarkan wang seminima mungkin untuk segala aktiviti.
KHFM TIDAK mempunyai yuran langganan bulanan mahupun tahunan dan tidak pernah melantik sesiapapun untuk mengutip wang bagi dana tabung aktiviti The Futurians.
 
Untuk sebarang pertanyaan lanjut Tuan/Puan/Cik/Encik/Dato bolehlah email ke

5 comments:

  1. Assalamualaikum. banyak juga maklumat berguna di blog ni. saya pengguna Honda Future dah 3 tahun. Selama 3 tahun pakai motor Future ni saya perasan ada satu masalah yg boleh dikatakan major problem lah. Masalah pada timing chain. Cam Chain Guide dan Roller cepat rosak. Sistem timing chain juga masih sama walaupun kuasa enjin ditambah. Tidak seperti Wave 125, size Timing Chain lebih besar dan lebih sistematik. Mohon penjelasan dan nasihat dari Tuan sekiranya terdapat penyelesaian untuk jangka masa panjang. Saya peminat setia honda.

    ReplyDelete