Monday 12 May 2014

DIY - penukaran sprocket & rantai

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Lama sudah tidak ketemu,
Hari berganti bulan berganti,
Izin kan hamba menulis entri baru,
Untuk panduan Future di hati.

Tu dia! Saya mulakan entri ni dengan serangkap pantun. Hehe. Kali ini saya akan berkongsi tentang DIY (do it yourself) penukaran sprocket dan rantai Honda Future. Sememangnya sprocket asal masih belum tajam, tapi saya mula perasan rantai sudah tidak elok, mengeluarkan bunyi tidak enak dan berkemungkinan boleh putus pada bila-bila masa. Jadi eloklah sediakan payung sebelum hujan. Untuk pertama kalinya setelah lebih kurang 1 tahun 8 bulan menggunakan Future dengan odometer 25768 km, saya mengambil inisiatif untuk melakukan kerja-kerja ini sendiri setelah membeli rantai SSS 108L dan sprocket 14-37. Saya ingin menguji sejauh mana perbezaan pick-up dan kelajuan Honda Future setelah sprocket belakang ditambah 1 mata (sprocket belakang asal 36 mata). 



Anda perlu sediakan alat-alat yang mencukupi untuk melakukan kerja DIY ni. Mula-mula, tanggalkan cover hitam dengan menggunakan spana-T size 8mm. Cuma perlu tanggalkan 1 skru pada bahagian bawah, kemudian cover ini perlu dipusing perlahan-lahan bagi menanggalkan ikatan bahagian atas yang bersambung dengan cover set. Anda boleh selak sedikit cover set yang memegang cover luar ni bagi mendapat idea macam mana cara menanggalkannya. Jika tidak dapat keluarkan jugak, terpaksalah buka cover set yang berdekatan bahagian cover luar tu.

Cover luar


Cover sprocket depan


Kemudian, buka cover hitam yang menutup sprocket depan dengan menanggalkan skru atas dan bawah yang bersaiz 8mm. 

Kotoran yang melekat pada cover sprocket depan




Kotoran pada bahagian berdekatan dengan sprocket depan


Setelah dibuka, barulah saya sedar betapa kotor dan banyaknya sampah sarap melekat pada cover hitam dan bahagian lain yang berdekatan dengan rantai. Kotoran tersebut boleh ditanggalkan dengan menyapu bahagian yang kotor dengan minyak petrol. Dinasihatkan supaya memakai mask semasa kerja-kerja pembersihan kerana bau petrol tidak elok untuk kesihatan.

Longgarkan nut saiz 14mm pada sprocket belakang dengan posisi motosikal dengan side stand. Kemudian cabut klip rantai menggunakan playar.

Longgarkan nut pengikat sprocket belakang satu per satu


Klip pengikat rantai


Keadaan setelah rantai dicabut


Untuk mencabut sprocket depan, masukkan gear 1 supaya sprocket depan tidak berpusing semasa nut dibuka. Kemudian tanggalkan nut 10mm tersebut dengan spana-L atau spana lain yang bersesuaian. Terdapat trick ringkas pada bahagian A & B yang bergerigi yang akan memastikan sprocket depan diikat dengan kemas di tengah bahagian A.


Setelah itu, tanggalkan tayar belakang untuk menggantikan sprocket belakang. Ikat sprocket belakang dengan teguh. Nut pengikat boleh diketatkan dengan sempurna setelah tayar belakang dipasang balik dengan motosikal berada pada side stand. 


Bahagian berdekatan sprocket belakang juga elok dibersihkan

Sprocket 37 yang telah siap dipasang

Kemudian, pasang balik tayar belakang dengan kemas. Untuk kombinasi sprocket 14-37, saya tidak perlu memotong rantai kerana panjang rantai yang sedia ada sudah cukup-cukup padan. Jika anda menggunakan sprocket yang lebih kecil, disarankan memotong sedikit bahagian rantai bagi mengelakkan rantai menjadi cepat longgar.

Alat pemotong rantai

Pasang balik cover sprocket depan & cover luar. Pastikan rantai diselaraskan dengan ketegangan yang bersesuaian, pada kelegaan 25-35 mm (1.0-1.4 in).



Pastikan rantai berada pada kelegaan yang sesuai

Moga berjaya! Diingatkan bahawa segala risiko/kerosakan atas tanggungan sendiri. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada bro Azri Dean & Anron Tan atas panduan yang diberikan semasa kerja-kerja penukaran rantai & sprocket ini. Jumpa lagi di lain waktu.:)

Sunday 16 February 2014

Pemasangan unit DC 12V pada Honda Future!

Salam sejahtera. Untuk entri kali ni, saya akan berkongsi tentang modifikasi yang telah dilakukan oleh rakan Futurians, saudara Mohamad Nazir terhadap Honda Future beliau. Untuk modifikasi ini, peralatan yang diperlukan ialah drill, screwdriver, spana rachet size 10 & 8, wire tape, set DC 12V, suis tekan hidup/mati. Cara-caranya:

1. Tanggalkan bakul motosikal.
2. Buka cover angin depan dengan hati-hati. Set target kiri/kanan kokpit yang warna hitam mengikut kesesuaian masing-masing.



3. Tandakan target. Tebuk guna drill mata besi. Kemudian drill guna mata batu dengan penuh teliti (untuk mendapatkan hasil yang kemas dan tepat).

4. Masukkan unit induk DC 12V. Jika lubang masih sempit, kasi drill lagi sehingga unit tersebut muat dan ketat. Pastikan ia tidak menjadi longgar.

5. Pasangkan wayar pada unit DC 12V itu. Masukkan wayar ke bahagian dalam dengan kemas sehingga menonjol di tepi bateri.
6. Potong wayar merah dengan panjang sama rata untuk pemasangan suis keselamatan.
7. Untuk memasang suis keselamatan, tanggalkan seat terlebih dahulu. Buka kabin helmet dengan hati-hati. Keluarkan kabin tersebut dan tandakan target untuk tempat letak suis.

8. Drill dengan mata besi mengikut size diameter suis. Pasangkan suis dan siapkan wiring warna merah pada suis.
9. Selitkan 2 wayar suis dengan hati-hati. Elakkan daripada bersentuhan dengan bahagian enjin. Sambungkan wayar suis kepada wayar merah yang dipotong tadi.
10. Pastikan sambungan wayar tadi di'tape'kan agar tidak bersentuhan pada body HF. Sambungkan kepala tembaga wayar yang bulat pada skru bateri mengikut warna merah/hitam.

11. Uji litar menggunakan pengecas handphone yang ada LED. Uji suis keselamatan agar tidak berlaku litar hidup yang berpanjangan.
12. Akhir sekali, pasang balik cover HF dengan kemas. Haa, dah siap! Selamat mencuba!

p/s: Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian, kerosakan, kemalangan ataupun kematian akibat daripada modifikasi ini. Pembaca hendaklah menilai dan menggunakan pertimbangan sewajarnya.

Wednesday 8 January 2014

Bagaimana Kita Mengurangkan Kesan Gegaran Di Meter Headlight Cover Honda Future?

Salam sejahtera! Kita semua sudah sedia tahu bahawa setiap manusia baik yang kaya mahupun yang miskin, tak boleh lari daripada masalah hidup. Begitulah jua dengan jentera Honda Future yang kita sayangi. Ianya juga tidak terlepas daripada mengalami masalah setelah digunakan dalam jangka masa tertentu. Sebagai pengguna, kita haruslah bijak berusaha menangani setiap permasalahan kerana setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Never give up easily!



Salah satu masalah Honda Future ialah bunyi headlight cover yang bergegar setelah throttle dipulas (tak semua yang kena, tapi admin difahamkan oleh rider-rider Futurians ada sebilangan yang terkena) . Berdasarkan pengalaman penulis yang juga pengguna Honda Future, bunyi gegaran makin kuat dari gear 1 ke gear 3 dan mulai berkurang pada gear 4. Mungkin ini disebabkan oleh kestabilan keseluruhan bahagian motosikal pada gear 4.





Setelah headlight cover dibuka, kelihatan habuk-habuk hitam (dalam bulatan merah jambu) yang berpunca daripada getaran berterusan. Hipotesis yang boleh dibuat berdasarkan keadaan ini: semakin lama getaran ini dibiarkan, semakin kuat bunyi akan terhasil disebabkan habuk-habuk yang menghauskan bahagian-bahagian yang berfungsi dalam ikatan dan penyambungan.





Saya akan tunjukkan cara-cara mudah bagi mengurangkan bunyi gegaran tersebut, iaitu dengan menggunakan span. Span yang saya gunakan ialah span basuh pinggan yang mudah didapati. Mula-mula, potong span tersebut kepada beberapa bahagian menggunakan pisau. Ketebalan yang saya anggarkan ialah dalam 1-2 cm.






Untuk membuka headlight cover, tekan bahagian yang ditandakan dengan segiempat biru, kemudian tarik bahagian yang ditandakan dengan segiempat merah. Tarik perlahan-lahan bagi mengelakkan kerosakan klip pengikat headlight cover  tersebut.





Saya hanya berjaya mencabut 2 daripada 3 klip yang mengikat bahagian itu. Ini sudah memadai untuk memasukkan span. Klip pengikat yang berwarna putih ditunjukkan dalam bulatan biru.





Ruang di bawah headlight cover yang boleh perlu dimasukkan medium seperti span untuk mengurangkan bunyi getaran:



Gambar di bawah menunjukkan susunan span pada bahagian yang boleh dimuatkan. Saiz span dan penggunaan span yang optimum merupakan kunci kepada jumlah pengurangan bunyi getaran.



Secara grafik, kedudukan span yang telah dibuat adalah berdasarkan gambar rajah di bawah:



Untuk memasukkan span ke bahagian yang susah dicapai/sempit, benda kecil seperti pen boleh digunakan untuk membantu memasukkan span ke ruangan tersebut. Setelah selesai dengan servis ini, saya dapati bunyi getaran berkurang dalam anggaran 60-70 %, sudah memadai untuk saya menunggan dengan lebih selesa. Selamat mencuba! Sekali lagi diingatkan, segala risiko/kerosakan adalah atas tanggungan sendiri. Saya hanya berkongsi pengalaman. Jumpa lagi & doakan agar kita semua selamat dalam perjalanan yang bertujuan baik. J