Wednesday 8 January 2014

Bagaimana Kita Mengurangkan Kesan Gegaran Di Meter Headlight Cover Honda Future?

Salam sejahtera! Kita semua sudah sedia tahu bahawa setiap manusia baik yang kaya mahupun yang miskin, tak boleh lari daripada masalah hidup. Begitulah jua dengan jentera Honda Future yang kita sayangi. Ianya juga tidak terlepas daripada mengalami masalah setelah digunakan dalam jangka masa tertentu. Sebagai pengguna, kita haruslah bijak berusaha menangani setiap permasalahan kerana setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Never give up easily!



Salah satu masalah Honda Future ialah bunyi headlight cover yang bergegar setelah throttle dipulas (tak semua yang kena, tapi admin difahamkan oleh rider-rider Futurians ada sebilangan yang terkena) . Berdasarkan pengalaman penulis yang juga pengguna Honda Future, bunyi gegaran makin kuat dari gear 1 ke gear 3 dan mulai berkurang pada gear 4. Mungkin ini disebabkan oleh kestabilan keseluruhan bahagian motosikal pada gear 4.





Setelah headlight cover dibuka, kelihatan habuk-habuk hitam (dalam bulatan merah jambu) yang berpunca daripada getaran berterusan. Hipotesis yang boleh dibuat berdasarkan keadaan ini: semakin lama getaran ini dibiarkan, semakin kuat bunyi akan terhasil disebabkan habuk-habuk yang menghauskan bahagian-bahagian yang berfungsi dalam ikatan dan penyambungan.





Saya akan tunjukkan cara-cara mudah bagi mengurangkan bunyi gegaran tersebut, iaitu dengan menggunakan span. Span yang saya gunakan ialah span basuh pinggan yang mudah didapati. Mula-mula, potong span tersebut kepada beberapa bahagian menggunakan pisau. Ketebalan yang saya anggarkan ialah dalam 1-2 cm.






Untuk membuka headlight cover, tekan bahagian yang ditandakan dengan segiempat biru, kemudian tarik bahagian yang ditandakan dengan segiempat merah. Tarik perlahan-lahan bagi mengelakkan kerosakan klip pengikat headlight cover  tersebut.





Saya hanya berjaya mencabut 2 daripada 3 klip yang mengikat bahagian itu. Ini sudah memadai untuk memasukkan span. Klip pengikat yang berwarna putih ditunjukkan dalam bulatan biru.





Ruang di bawah headlight cover yang boleh perlu dimasukkan medium seperti span untuk mengurangkan bunyi getaran:



Gambar di bawah menunjukkan susunan span pada bahagian yang boleh dimuatkan. Saiz span dan penggunaan span yang optimum merupakan kunci kepada jumlah pengurangan bunyi getaran.



Secara grafik, kedudukan span yang telah dibuat adalah berdasarkan gambar rajah di bawah:



Untuk memasukkan span ke bahagian yang susah dicapai/sempit, benda kecil seperti pen boleh digunakan untuk membantu memasukkan span ke ruangan tersebut. Setelah selesai dengan servis ini, saya dapati bunyi getaran berkurang dalam anggaran 60-70 %, sudah memadai untuk saya menunggan dengan lebih selesa. Selamat mencuba! Sekali lagi diingatkan, segala risiko/kerosakan adalah atas tanggungan sendiri. Saya hanya berkongsi pengalaman. Jumpa lagi & doakan agar kita semua selamat dalam perjalanan yang bertujuan baik. J