Wednesday, 8 January 2014

Bagaimana Kita Mengurangkan Kesan Gegaran Di Meter Headlight Cover Honda Future?

Salam sejahtera! Kita semua sudah sedia tahu bahawa setiap manusia baik yang kaya mahupun yang miskin, tak boleh lari daripada masalah hidup. Begitulah jua dengan jentera Honda Future yang kita sayangi. Ianya juga tidak terlepas daripada mengalami masalah setelah digunakan dalam jangka masa tertentu. Sebagai pengguna, kita haruslah bijak berusaha menangani setiap permasalahan kerana setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Never give up easily!



Salah satu masalah Honda Future ialah bunyi headlight cover yang bergegar setelah throttle dipulas (tak semua yang kena, tapi admin difahamkan oleh rider-rider Futurians ada sebilangan yang terkena) . Berdasarkan pengalaman penulis yang juga pengguna Honda Future, bunyi gegaran makin kuat dari gear 1 ke gear 3 dan mulai berkurang pada gear 4. Mungkin ini disebabkan oleh kestabilan keseluruhan bahagian motosikal pada gear 4.





Setelah headlight cover dibuka, kelihatan habuk-habuk hitam (dalam bulatan merah jambu) yang berpunca daripada getaran berterusan. Hipotesis yang boleh dibuat berdasarkan keadaan ini: semakin lama getaran ini dibiarkan, semakin kuat bunyi akan terhasil disebabkan habuk-habuk yang menghauskan bahagian-bahagian yang berfungsi dalam ikatan dan penyambungan.





Saya akan tunjukkan cara-cara mudah bagi mengurangkan bunyi gegaran tersebut, iaitu dengan menggunakan span. Span yang saya gunakan ialah span basuh pinggan yang mudah didapati. Mula-mula, potong span tersebut kepada beberapa bahagian menggunakan pisau. Ketebalan yang saya anggarkan ialah dalam 1-2 cm.






Untuk membuka headlight cover, tekan bahagian yang ditandakan dengan segiempat biru, kemudian tarik bahagian yang ditandakan dengan segiempat merah. Tarik perlahan-lahan bagi mengelakkan kerosakan klip pengikat headlight cover  tersebut.





Saya hanya berjaya mencabut 2 daripada 3 klip yang mengikat bahagian itu. Ini sudah memadai untuk memasukkan span. Klip pengikat yang berwarna putih ditunjukkan dalam bulatan biru.





Ruang di bawah headlight cover yang boleh perlu dimasukkan medium seperti span untuk mengurangkan bunyi getaran:



Gambar di bawah menunjukkan susunan span pada bahagian yang boleh dimuatkan. Saiz span dan penggunaan span yang optimum merupakan kunci kepada jumlah pengurangan bunyi getaran.



Secara grafik, kedudukan span yang telah dibuat adalah berdasarkan gambar rajah di bawah:



Untuk memasukkan span ke bahagian yang susah dicapai/sempit, benda kecil seperti pen boleh digunakan untuk membantu memasukkan span ke ruangan tersebut. Setelah selesai dengan servis ini, saya dapati bunyi getaran berkurang dalam anggaran 60-70 %, sudah memadai untuk saya menunggan dengan lebih selesa. Selamat mencuba! Sekali lagi diingatkan, segala risiko/kerosakan adalah atas tanggungan sendiri. Saya hanya berkongsi pengalaman. Jumpa lagi & doakan agar kita semua selamat dalam perjalanan yang bertujuan baik. J

16 comments:

  1. saya pun kena la. bole try apply teknik ni. tq admin.

    ReplyDelete
  2. cantik. bunyi pasal klip patah. Terima kasih

    ReplyDelete
  3. sama-sama...setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian :)

    ReplyDelete
  4. terima kasih..penerangan yg amat berguna.

    ReplyDelete
  5. Dekat mana ade jual coverset future..future saya accident..kepak semua pecah..tersadai berbulan2..pergi sentul tak ada jual..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try ke EE Tiong Motor kat Jalan Pahang. Dari Jalan Genting Kelang ke Bulatan Pahang, kedai tu kat sebelah kiri..

      Delete
  6. salam....
    saya pernah try buat macam yang atas ni....
    mula2 ok la...
    pastu lame2 gegar tu datang balik..
    cek2 rupanya bukan head cover tu yang gegar, tapi cover satu handle tu gegar...
    so, macam mana nak atasi masalah ni ye?
    mohon tunjuk ajar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkmslm.. saudara boleh try guna cara yg sama dengan meletakkan span @ double tape yg tebal pada sebelah dalam cover set yg gegar tu.. tp hati2 semasa membuka cover set, bimbang kalo pin2 pengikat cover set patah, lagi parah jadinya..huhu..
      p/s: motor sy sendiri belum pernah rasa gegar kat bahagian satu handle, jadi sy sendiri masih belum cuba cara tersebut.. sy hanya bagi cadangan.. selamat mencuba!

      Delete
  7. Boleh ajar cara nak pasang cover dada depan tu tak? Buka boleh pasang tak boleh

    ReplyDelete
  8. Boleh ajar cara nak pasang cover dada depan tu tak? Buka boleh pasang tak boleh

    ReplyDelete
  9. soalan..span tu nk kena letak double tape ke atw letak terus span?

    ReplyDelete
  10. kunci motor dgn spare hilang.handle lock..tolong bg idea.honda future

    ReplyDelete
  11. Dh try buat kt hf fi, letak span tu tgk la result nye cm ne

    ReplyDelete