Salam
sejahtera! Rata-rata rider yang cermat biasanya menitikberatkan aspek
kebersihan motosikal masing-masing, terutamanya pada bahagian luaran. Tidak
hairanlah jika kita selalu lihat motosikal yang berkilat di jalanan walaupun
usia kenderaan tersebut mungkin telah mengjangkau satu dekad! Kali ini saya
ingin berkongsi tentang cara-cara mencuci bahagian dalaman Honda Future,
termasuk langkah-langkah mengurangkan karat pada bahagian chasis joint.
Mula-mula,
buka U-box dengan menanggalkan dua skru pengikatnya menggunakan spanar bersize
8 mm.
Harus
diingat supaya anda mencabut kabel yang melekat pada U-box tersebut terlebih
dahulu. Terdapat satu kabel berdekatan dengan skru pengikat manakala dua lagi
kabel di bahagian kiri U-box. Anda perlu memasukkan tangan ke dalam untuk
mencabut kedua-dua kabel tersebut. Kerja ini haruslah dilakukan dengan cermat
bagi mengelakkan sebarang masalah kabel putus. Nah, kemudian anda akan Nampak
pemandangan indah, erk bahagian dalaman chasis/frame Honda Future ni.
Bagi
yang sudah lama tidak buka, pastinya akan berhabuk. Sediakan kain untuk mencuci
frame daripada habuk tersebut.
Saya
dapati terdapat karat pada joint di bahagian-bahagian yang ditunjukkan
oleh anak panah. Mungkin motosikal yang baru dibeli tiada karat sedemikian
rupa. Tarikh saya buka bahagian dalaman ni setelah 11 bulan menggunakan Honda
Future. Anda dinasihatkan supaya menyembur WD40 ke joints yang telah
berkarat untuk memanjangkan jangka hayat body frame motosikal ini
dan mengelakkan perkara yang tidak diingini pada masa hadapan.
Ni
lah rupa seat bersama U-box yang telah dicabut daripada motor. Tak tau nak
cakap Nampak macam apa, haha.
Ni
pulak bahagian dalaman yang sudah dibersihkan, tampak baru kan? Hehe. Lepas
setahun lagi, boleh buka lagi untuk cucian kali kedua, kalau rajin.
Ok,
cat pada bahagian welding ini telah tanggal akibat geseran dengan kabel.
Disebabkan tiada karat pada bahagian welding ni, saya terus guna spray hitam
untuk spray balik pada bahagian tersebut.
Ni lah rupa Honda Future tanpa seat &
U-box! Rare! Haha!
Setelah
spraying process selesai, biarkan bahagian tersebut lebih kurang 1 jam
atau lebih, bagi cat tu betul-betul kering. Setelah itu, boleh lah balut guna
selotape untuk mengelakkan geseran antara kabel dengan permukaan cat.
Selepas
itu, pasang semula U-box tadi dengan memasukkannya perlahan-lahan dengan kabel
disangkutkan di tempat asal. Selamat
mencuba! Sekali lagi diingatkan bahawa segala risiko atau kerosakan atas
tanggungjawab sendiri. Saya hanya
berkongsi ilmu dan pengalaman. Jumpa lagi di entry akan datang!
Jangan lupa utk klik like fan page kami : https://www.facebook.com/KelabHondaFutureMalaysia
dan join group komuniti kami di : https://www.facebook.com/groups/sahabatfuturians/
Jangan lupa utk klik like fan page kami : https://www.facebook.com/KelabHondaFutureMalaysia
dan join group komuniti kami di : https://www.facebook.com/groups/sahabatfuturians/
No comments:
Post a Comment