Assalamualaikum & salam sejahtera.
Lama sudah tidak ketemu,
Hari berganti bulan berganti,
Izin kan hamba menulis entri baru,
Untuk panduan Future di hati.
Tu dia! Saya mulakan entri ni dengan serangkap pantun. Hehe. Kali ini saya akan berkongsi tentang DIY (do it yourself) penukaran sprocket dan rantai Honda Future. Sememangnya sprocket asal masih belum tajam, tapi saya mula perasan rantai sudah tidak elok, mengeluarkan bunyi tidak enak dan berkemungkinan boleh putus pada bila-bila masa. Jadi eloklah sediakan payung sebelum hujan. Untuk pertama kalinya setelah lebih kurang 1 tahun 8 bulan menggunakan Future dengan odometer 25768 km, saya mengambil inisiatif untuk melakukan kerja-kerja ini sendiri setelah membeli rantai SSS 108L dan sprocket 14-37. Saya ingin menguji sejauh mana perbezaan pick-up dan kelajuan Honda Future setelah sprocket belakang ditambah 1 mata (sprocket belakang asal 36 mata).
Anda perlu sediakan alat-alat yang mencukupi untuk melakukan kerja DIY ni. Mula-mula, tanggalkan cover hitam dengan menggunakan spana-T size 8mm. Cuma perlu tanggalkan 1 skru pada bahagian bawah, kemudian cover ini perlu dipusing perlahan-lahan bagi menanggalkan ikatan bahagian atas yang bersambung dengan cover set. Anda boleh selak sedikit cover set yang memegang cover luar ni bagi mendapat idea macam mana cara menanggalkannya. Jika tidak dapat keluarkan jugak, terpaksalah buka cover set yang berdekatan bahagian cover luar tu.
|
Cover luar |
|
Cover sprocket depan |
Kemudian, buka cover hitam yang menutup sprocket depan dengan menanggalkan skru atas dan bawah yang bersaiz 8mm.
|
Kotoran yang melekat pada cover sprocket depan |
|
Kotoran pada bahagian berdekatan dengan sprocket depan |
Setelah dibuka, barulah saya sedar betapa kotor dan banyaknya sampah sarap melekat pada cover hitam dan bahagian lain yang berdekatan dengan rantai. Kotoran tersebut boleh ditanggalkan dengan menyapu bahagian yang kotor dengan minyak petrol. Dinasihatkan supaya memakai mask semasa kerja-kerja pembersihan kerana bau petrol tidak elok untuk kesihatan.
Longgarkan nut saiz 14mm pada sprocket belakang dengan posisi motosikal dengan side stand. Kemudian cabut klip rantai menggunakan playar.
|
Longgarkan nut pengikat sprocket belakang satu per satu |
|
Klip pengikat rantai |
|
Keadaan setelah rantai dicabut |
Untuk mencabut sprocket depan, masukkan gear 1 supaya sprocket depan tidak berpusing semasa nut dibuka. Kemudian tanggalkan nut 10mm tersebut dengan spana-L atau spana lain yang bersesuaian. Terdapat trick ringkas pada bahagian A & B yang bergerigi yang akan memastikan sprocket depan diikat dengan kemas di tengah bahagian A.
Setelah itu, tanggalkan tayar belakang untuk menggantikan sprocket belakang. Ikat sprocket belakang dengan teguh. Nut pengikat boleh diketatkan dengan sempurna setelah tayar belakang dipasang balik dengan motosikal berada pada side stand.
|
Bahagian berdekatan sprocket belakang juga elok dibersihkan |
|
Sprocket 37 yang telah siap dipasang |
Kemudian, pasang balik tayar belakang dengan kemas. Untuk kombinasi sprocket 14-37, saya tidak perlu memotong rantai kerana panjang rantai yang sedia ada sudah cukup-cukup padan. Jika anda menggunakan sprocket yang lebih kecil, disarankan memotong sedikit bahagian rantai bagi mengelakkan rantai menjadi cepat longgar.
|
Alat pemotong rantai |
Pasang balik cover sprocket depan & cover luar. Pastikan rantai diselaraskan dengan ketegangan yang bersesuaian, pada kelegaan 25-35 mm (1.0-1.4 in).
|
Pastikan rantai berada pada kelegaan yang sesuai |
Moga berjaya! Diingatkan bahawa segala risiko/kerosakan atas tanggungan sendiri. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada bro Azri Dean & Anron Tan atas panduan yang diberikan semasa kerja-kerja penukaran rantai & sprocket ini. Jumpa lagi di lain waktu.:)
Setelah di tukar sprocket 14/37 hasilnya memuaskan x? Dari segi pickup dan top speed brapa? Xmengerang ke enjin?
ReplyDeleteAlhamdulillah, setakat ni puas hati, pickup rasa lg bagus & naik bukit lg lancar, cuma top speed drop skit dlm 10km/j. sblm ni dpt 120km/j, skrg dh turun 110km/j, tp dh kira ok bg sy. enjin x mengerang..
DeleteSalam..tuan..sy seorg pemilik future...skrg ni stelah hampir 1thn stengah digasak dgn 33k km/j..mesin future ku ini dh mula hasilkan bunyi yg menyeramkan..baik drpd timing chain dn tappet..
ReplyDeleteWkmslm wbt., hmm sy pun pnah jadi camtu. bende camni sy htr kedai, servis cylinder head dpn, adjust balik kelegaan injap & tukar O-ring.. pastikan minyak hitam tukar bila dh sampai masa & isipadu minyak hitam pada tahap optimum (tak kurg, tak lebih).. kalo minyak hitam kurg, lg byk masalah bleh jd..
DeleteBila dh jd mcmni hati sdh mula goyang,Ya Allah ni jelah harta yg aku ada utk pegi cari rezki..aku nk g kdai mtor suruh adjust setup tappet dan timing chain semula,pomen cekik darah ni mula la jual temberang,ni rosak la tu rosakla...aku tak mau tertipu so aku tahan dlu smpai jumpa pomen yg betul2 dpercayai
ReplyDeletebiasa la tu, kne rajin survey tnye mmber yg pkai HF @ dalam group HF.. kos 2 O-ring dlm RM6 je..moga sume urusan berjalan lancar..
DeleteAssalamualaikum.pernah kema kencing dgn pomen..suruh overhaul padahal cuma perlu tukar O ring saje...nak jumpa pomen jujur?5 bengkel jumpa 1 je jujur
DeleteSprocket asal depa Honda future ni berapa ya?
ReplyDeleteSprocket asal depa Honda future ni berapa ya?
ReplyDeleteSprocket asal depa Honda future ni berapa ya?
ReplyDelete14 36
Delete14 36
DeleteSalam...nk tnye sproket saiz apa yg sesuai utk ulang alik highway....dalam.120km sebulan skali...motor standard kilang...xde ubah apa2 pon
ReplyDeletePakai saiz 33/34, tpi pick up jatuh sikit laa...highway mmg sedap ah
DeleteSaya punya HF dah kurang lah top speed..Dulu 120/130km/j boleh dpt..Skrg top speed saya hanya dpt 100km/j je..Kalau nak 110km/j kena tunduk sikit..Boleh saya tahu mcm mana nak lajukan balik motor saya ni?Motor saya tak pernah ubah apa2..Semua standard kilang punya..
ReplyDeleteSprocket saiz apa nak guna untuk capai topspeed paling tinggi ? Trima kasih
ReplyDeleteaslmkm tuan. boleh ajarkan cara nak buka set untuk bersihkan air filter?
ReplyDeleteNak tnya ni,maklumlah baru nak belajar bab motor ni,kalau nak setting motor,sprocket kene ikut dgn jenis motor ataupun suka hati je nak tukar,n no sprocket berapa yg sesuai tuk motor SS supaya nak bagi top speed n pickup masa nak naik bukit? Tolong jelaskan,
ReplyDeleteIkut berat bdn rider gak bro, try & error
DeleteNak tnya ni,maklumlah baru nak belajar bab motor ni,kalau nak setting motor,sprocket kene ikut dgn jenis motor ataupun suka hati je nak tukar,n no sprocket berapa yg sesuai tuk motor SS supaya nak bagi top speed n pickup masa nak naik bukit? Tolong jelaskan,
ReplyDeleteSalam bos sy nk tya saiz asal sprocket wave dash v2 bpe ek?
ReplyDeleteaskum tuan nak tnya masalah motor saya top speed mati masuk gear 4 trus drop ddk 80
ReplyDeleteSma drop...gear3 120 gear4 drop terlalu besar kot
DeleteSprocket kecik sangat tu.kena bgtau & tengok betul2 masa pomen tukar
DeleteBiasa sprocket honda future ni boleh pergi berapa ribu km ek?
ReplyDeleteAku tukar sendiri ja sprocket LC V1 aku, semua alat dah cukup lengkap, benda boleh buat sendiri tu try la buat sendiri, tapi aku punya style aku set sprocket aku beli yang murah dulu, kalau rasa puas hati baru beli beli 1 set SSS.
ReplyDeleteAku tukar sendiri ja sprocket LC V1 aku, semua alat dah cukup lengkap, benda boleh buat sendiri tu try la buat sendiri, tapi aku punya style aku set sprocket aku beli yang murah dulu, kalau rasa puas hati baru beli beli 1 set SSS.
ReplyDeleteAku tukar sendiri ja sprocket LC V1 aku, semua alat dah cukup lengkap, benda boleh buat sendiri tu try la buat sendiri, tapi aku punya style aku set sprocket aku beli yang murah dulu, kalau rasa puas hati baru beli beli 1 set SSS.
ReplyDeleteAku tukar sendiri ja sprocket LC V1 aku, semua alat dah cukup lengkap, benda boleh buat sendiri tu try la buat sendiri, tapi aku punya style aku set sprocket aku beli yang murah dulu, kalau rasa puas hati baru beli beli 1 set SSS.
ReplyDeletesalam bos. mana nak cari ekh spocket macam bos pakai toe ?
ReplyDeleteBerapa size rantai future125 standard...?? 428 atau 420..??
ReplyDelete428 sahabat
Delete428 sahabat
ReplyDelete