Sunday, 27 October 2013

Rantai kendur? Mari kita belajar asas mengetatkan rantai pemacu!

Salam semua! Diharap semua sihat sejahtera di samping keluarga, kawan-kawan & motosikal tersayang! Kali ni, saya ingin berkongsi cara-cara mengetatkan rantai yang longgar.


Disebabkan kesibukan dengan tugas-tugas harian, sesetengah penunggang dilihat mengabaikan keadaan rantai dan membiarkan ia terus menjadi longgar. Rantai yang longgar tidak dapat memberikan keselesaan optimum kepada penunggang, begitu juga dengan rantai yang terlalu ketat.

Bagi motosikal Honda Future, anda hanya perlu menyediakan spanar yang bersaiz 19, 14, 12 & 10 mm. Letakkan motosikal pada penegak tengah dengan gear neutral and suiz penghidup dimatikan. Longgarkan nat ‘axle’ sebelah kiri & kanan menggunakan spanar 14 & 19 mm seperti dalam gambar di bawah.



Kemudian, longgarkan nat pengikat (guna spanar 10 mm) pada kedua-dua bahagian ‘swingarm’ seperti dalam gambar di bawah.


Seterusnya, pusingkan nat penyelaras (spanar 12 mm) yang terdapat pada kedua-dua belah pengubahsuai rantai pemacu supaya penyelarasan dilakukan pada bilangan pusingan yang sama untuk mengetat ataupun melonggarkan rantai pemacu.


Penyelarasan rantai perlu dibuat di tengah-tengah, iaitu di antara ‘sprocket’ depan dan belakang. Pusing roda belakang dan periksa kelonggaran rantai pada bahagian lain. Kelegaan rantai yang disyorkan seperti dalam buku manual ialah 25-35 mm (1.0-1.4 in).



Periksa penjajaran ‘axle’ belakang dan pastikan tanda indeks selari dengan slot penyelaras belakang.



Ketatkan balik ‘axle’ rantai menggunakan spanar 19 & 14 mm. Kemudian, ketatkan penyelaras rantai menggunakan spanar 12 & 10 mm.




Tadaa, rantai sudah ketat, dah boleh teruskan perjalanan baik jarak jauh mahupun dekat dengan selesa. Diingatkan bahawa rantai pemacu hendaklah diperiksa dan diminyakkan pada tiap-tiap 500 km untuk ketahanan rantai yang optimum. Tidak dinafikan, jenis dan harga rantai juga memainkan peranan dalam menentukan kualiti dan ketahanan rantai, tapi kita sebagai penunggang motosikal perlulah mengambil langkah yang proaktif dan bijak dalam memilih alat ganti. Sekian untuk kali ini. Jumpa lagi di lain waktu.

15 comments:

  1. Blh x guna rantai rk o-ring ntok honda future ni?

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. salam bro aku baru je beli future. nak tanya spoket dan rantai apa yg sesuai utk motor future.... klau boleh nak yg leh bawak laju ler... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkmslm wbt., sprocket & rantai yang paling berkualiti & tahan lama pernah saya guna: RKM. Tapi untuk Honda Future ni, belum tukar lagi.. boleh cuba 14-35 untuk laju, tapi pick-up akan turun nanti..apa2 pun, faktor berat penunggang & keadaan jalan juga main peranan..

      Delete
  4. kenapa tayar motor honda future saya bunyi selepas saya ketatkan rantai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti gak bro, maybe sebab rantai terlalu ketat atau permukaan tayar dah tak sekata.

      Delete
  5. Akm.bro boleh x taw cmne saiz sprocket yang sesuai utk top speed highway

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkmslm..bagi sy yg berat dlm 60 Kg, ikut pengalaman, sprocket asal (14-36) dh memadai, bila enjin dah panas, senang2 dpt 110-120km/j. Kalo kelajuan melebihi 120km/j bahaya sebab motor kecik, tak stabil.

      Delete
  6. salam, bro
    nak tanya, kenape lps saya pasang pengetat rantai tue, kat hoinda future saya, dia bergetar, berlanggar dgn besi yg ade kat rantai tue, waktu saya bawak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkslm..pengetat rantai? penyelaras rantai ke? pastikan jgn terlalu ketat. sy kurang faham maksud bro. try bro upload gambar kat group Sahabat The Futurians, nnti sy try tgk @ mungkin ada rakan2 lain yg blh membantu.

      Delete
  7. moto belang saya ade masalah tegang kendur taw rantainya..mcm mne nak setelkan yer...bunyi bising sbb kne swingarm walaupun ketegangn tahap optimum...

    ReplyDelete
  8. apa jadj kalau rantai mcm tegang sgt , & bwk benda berat ?

    ReplyDelete
  9. apa jadj kalau rantai mcm tegang sgt , & bwk benda berat ?

    ReplyDelete