Monday 12 May 2014

DIY - penukaran sprocket & rantai

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Lama sudah tidak ketemu,
Hari berganti bulan berganti,
Izin kan hamba menulis entri baru,
Untuk panduan Future di hati.

Tu dia! Saya mulakan entri ni dengan serangkap pantun. Hehe. Kali ini saya akan berkongsi tentang DIY (do it yourself) penukaran sprocket dan rantai Honda Future. Sememangnya sprocket asal masih belum tajam, tapi saya mula perasan rantai sudah tidak elok, mengeluarkan bunyi tidak enak dan berkemungkinan boleh putus pada bila-bila masa. Jadi eloklah sediakan payung sebelum hujan. Untuk pertama kalinya setelah lebih kurang 1 tahun 8 bulan menggunakan Future dengan odometer 25768 km, saya mengambil inisiatif untuk melakukan kerja-kerja ini sendiri setelah membeli rantai SSS 108L dan sprocket 14-37. Saya ingin menguji sejauh mana perbezaan pick-up dan kelajuan Honda Future setelah sprocket belakang ditambah 1 mata (sprocket belakang asal 36 mata). 



Anda perlu sediakan alat-alat yang mencukupi untuk melakukan kerja DIY ni. Mula-mula, tanggalkan cover hitam dengan menggunakan spana-T size 8mm. Cuma perlu tanggalkan 1 skru pada bahagian bawah, kemudian cover ini perlu dipusing perlahan-lahan bagi menanggalkan ikatan bahagian atas yang bersambung dengan cover set. Anda boleh selak sedikit cover set yang memegang cover luar ni bagi mendapat idea macam mana cara menanggalkannya. Jika tidak dapat keluarkan jugak, terpaksalah buka cover set yang berdekatan bahagian cover luar tu.

Cover luar


Cover sprocket depan


Kemudian, buka cover hitam yang menutup sprocket depan dengan menanggalkan skru atas dan bawah yang bersaiz 8mm. 

Kotoran yang melekat pada cover sprocket depan




Kotoran pada bahagian berdekatan dengan sprocket depan


Setelah dibuka, barulah saya sedar betapa kotor dan banyaknya sampah sarap melekat pada cover hitam dan bahagian lain yang berdekatan dengan rantai. Kotoran tersebut boleh ditanggalkan dengan menyapu bahagian yang kotor dengan minyak petrol. Dinasihatkan supaya memakai mask semasa kerja-kerja pembersihan kerana bau petrol tidak elok untuk kesihatan.

Longgarkan nut saiz 14mm pada sprocket belakang dengan posisi motosikal dengan side stand. Kemudian cabut klip rantai menggunakan playar.

Longgarkan nut pengikat sprocket belakang satu per satu


Klip pengikat rantai


Keadaan setelah rantai dicabut


Untuk mencabut sprocket depan, masukkan gear 1 supaya sprocket depan tidak berpusing semasa nut dibuka. Kemudian tanggalkan nut 10mm tersebut dengan spana-L atau spana lain yang bersesuaian. Terdapat trick ringkas pada bahagian A & B yang bergerigi yang akan memastikan sprocket depan diikat dengan kemas di tengah bahagian A.


Setelah itu, tanggalkan tayar belakang untuk menggantikan sprocket belakang. Ikat sprocket belakang dengan teguh. Nut pengikat boleh diketatkan dengan sempurna setelah tayar belakang dipasang balik dengan motosikal berada pada side stand. 


Bahagian berdekatan sprocket belakang juga elok dibersihkan

Sprocket 37 yang telah siap dipasang

Kemudian, pasang balik tayar belakang dengan kemas. Untuk kombinasi sprocket 14-37, saya tidak perlu memotong rantai kerana panjang rantai yang sedia ada sudah cukup-cukup padan. Jika anda menggunakan sprocket yang lebih kecil, disarankan memotong sedikit bahagian rantai bagi mengelakkan rantai menjadi cepat longgar.

Alat pemotong rantai

Pasang balik cover sprocket depan & cover luar. Pastikan rantai diselaraskan dengan ketegangan yang bersesuaian, pada kelegaan 25-35 mm (1.0-1.4 in).



Pastikan rantai berada pada kelegaan yang sesuai

Moga berjaya! Diingatkan bahawa segala risiko/kerosakan atas tanggungan sendiri. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada bro Azri Dean & Anron Tan atas panduan yang diberikan semasa kerja-kerja penukaran rantai & sprocket ini. Jumpa lagi di lain waktu.:)