Salam.. Ini adalah tutorial atau cara nak buka 'carburetor choke slider' pada motor Honda Future. Kenapa nak buka? Sebab beberapa pengguna Honda Future (termasuk saya) mengalami motor 'tersedak' bilamana motor dibawa dalam keadaan full throttle dalam jangka masa yg lama, bila dilepaskan throttle motor akan tersedak seperti tak cukup minyak atau minyak nak habis. Selain itu, masalah spring choke slider yg menolak choke slider supaya sentiasa terbuka, ada kemungkinan patah, menyebabkan situasi dari 120km/j menjadi 20km/j. Dengan membuka choke slider ni, hilanglah 2 masalah ni. Tapi ianya terpulang pada anda sendiri untuk buka atau tak. Motor sendiri, risiko tanggung sendiri.
Kalau anda tak pasti nak buka skru arah jam ke lawan jam ke, ingat pepatah omputeh ni. "Righty tighty, lefty loosey" maksudnya pusing kanan ketatkan, pusing kiri longgarkan. Walau bagaimanapun, pepatah ini tidak boleh digunapakai bila nak buka/pasang side mirror dan bilah kipas angin.
Jika motor anda susah nak bangun pagi dan memerlukan bantuan choke, anda tidak digalakkan untuk buka choke slider ni. Bersenam pagi-pagi (kickstart) sedangkan anda dah lambat nak pergi kerja pastinya sesuatu yg anda tak nak lalui.
Ok caranya seperti berikut :
1. Buka bakul, untuk memudahkan kerja. Tak buka (sesetengah) bakul pun boleh sebenarnya.
2. Buka cover hitam, belah kiri. Caranya, buka 2 skru atas bawah, tarik kepuk kiri dan pada masa yg sama tarik cover hitam ke kanan seperti ditunjukkan dalam gambar. Jangan kuat sangat tarik tu, nanti patah sana sini.
3. Bila dah buka cover hitam tu, buka skru yg mengikat carburetor dengan corong getah kotak angin seperti yg ditunjukkan anak panah dalam gambar.
4. Cover hitam belah kanan pun boleh buka untuk memudahkan kerja. Kalau dah terer, tak buka pun boleh. Caranya sama macam cover hitam belah kiri.
5. Cover hitam atas enjin pun kena buka. Kalau tak macam mana nak tengok mulut carburetor tu. Ada 2 skru. Skru bawah buka macam biasa, skru atas tu pusing sikit je, lepas tu tekan dengan jari dari belakang skru tu, maka terkeluarlah dia.
6. Tengok kat anak panah tu. Bila anda tarik choke, kabel choke akan menarik benda hitam kat jari saya tu untuk tutup lubang angin carburetor dan mencekik carburetor (sebab tu nama dia choke). Bila carburetor dicekik, angin dihalang masuk ke dalam carburetor dan memberikan lebih sedikit minyak untuk dibakar supaya memudahkan enjin sejuk dihidupkan pagi-pagi (kot).
7. Begitulah rupa bila carburetor dicekik. Lubang angin ditutup, minyak disuap lebih. Sebab tu anda tidak digalakkan bawa motor sambil buka choke, kerana ia ibarat setting minyak lebih, setting angin tutup habis. Tak bagus untuk kesihatan enjin anda. Selak corong getah kotak angin tu, tarik choke, dan anda akan nampak 2 skru dalam bulatan tu. Skru tu anda kena buka untuk menyelesaikan projek ni. Hati-hati! Jangan sampai 2 skru tu jatuh ke dalam carburetor. Kalau jatuh nanti nak kena buat tutorial lain lagi. Skru driver yg saya gunakan, skru driver untuk buka skru laptop, seperti dalam gambar.
Jangan pakai bunga skru driver yg tajam. Pakailah bunga yg tumpul, takut rosak pulak bunga skru yg ikat choke slider tu. Kalau tak pasti bunga skru driver tu tajam ke tak, tangguh dulu projek ni.
8. Begitulah ceritanya.. Gambar di bawah menunjukkan apabila choke slider telah dibuka.
Choke slider dengan skrunya simpan di tempat yg selamat. Kalau hilang susah nak cari ganti.
Dah cabut choke slider tu, pasanglah balik segala. Cara pasang, gostan lah balik step kat atas ni. Dah selesai.. 8 step je? Ala senangnya. Bukan susah mana pun. Semua orang boleh buat. :-)
Oh kalau anda nak cabut batang yg ikat choke slider tu boleh juga. Tarik je benda hitam kat tepi yg pegang batang choke slider tu. Mr. Z cakap :
"Kalau nak buka batang yg ikat choke slider tu, mula-mula buka cap (penutup hitam) kat tepi carburetor tu, kemudian tarik keluar je batang tu. Nak pasang balik pun masukkan balik je batang tu, lepas tu tutup balik dengan cap hitam tu. Selesai."
"Kalau nak buka batang yg ikat choke slider tu, mula-mula buka cap (penutup hitam) kat tepi carburetor tu, kemudian tarik keluar je batang tu. Nak pasang balik pun masukkan balik je batang tu, lepas tu tutup balik dengan cap hitam tu. Selesai."
Gambar dicuri dari Mr. Z
Sekali lagi diingatkan bahawa segala yg saya tulis ni saya sendiri dah buat, dan setakat ni tak ada apa masalah bagai. Saya mengambil risiko ini sendiri dan saya tahu apa akibatnya kalau saya buat benda ni. Kalau anda tak pasti dengan risiko yg anda mungkin akan lalui, anda TIDAK DIGALAKKAN untuk buka choke slider ni. Dapatkan nasihat pomen yg pakar. Saya cuma pomen asal boleh.
p/s : Setakat ni tutorial bergambar je boleh buat. Tutorial bervideo kena tunggu bila ada masa dan mangsa :-)
p/s : Setakat ni tutorial bergambar je boleh buat. Tutorial bervideo kena tunggu bila ada masa dan mangsa :-)
Terima kasih syamil :)
ReplyDeleteterbaek.....
ReplyDeleteKalau ada apa-apa soalan boleh tanya saya di sini atau di forum Facebook Honda Future 125 Malaysia. Saya cuma berkongsi ilmu saya yg cetek ni. Tak seronok lah ilmu makan sorang :-)
ReplyDeleteterima kasih brother
Deletememang terbaik.. rasa nak buat petang nie.
ReplyDeleteCadangan .....camne nk buka cdi
ReplyDeleteCadangan tuan akan kami pertimbangkan kelak =)
ReplyDeleteterima kasih!! jadi kat aku pagi tadi... choke slider tertutup terus... hahaha... kena tgk cara nak buat dalam blog ni... dah selamat bukak... :) terima kasih lagi skali... :)
ReplyDeletekalau susah nak bangun pagi2 tapi nk bukak choke ni boleh ke?
ReplyDeleteTerrima kasih tuan. Boleh mintak no telefon nak kontep? Takut buat tak jadi la.
ReplyDeleteKalau choke silinder tu x pasang balik x per ker??
ReplyDeleteSkru yg ikat carb tu ketat sngat la. Pusing pun xnak gerakk. Ada cara x nak buka skru yg ikat carb tu ? huhuhu
ReplyDeleteThanks bro...nk tnya skit kt mana ada jual spare part moto future ni...
ReplyDeleteKeburukan ngan kebaikan bukak choke slider ni ape yee?? Boleh terangkan sedikit x..
ReplyDeleteSalam...motor sy baru selesai urusan claim insuran disebabkan tlh mngalami kemalangan beberapa bulan yg lalu..kini future sy ni mmg nmpak baru tapi sdh tdk mantap mcm dulu..
ReplyDeleteSepekara lg yg timbul ialah setiap kali mnunggang pulas minyak pasti tersengguk sengguk seolah minyak tidak lancar ke caburator..nak buka servis sendiri tak berani sebab dulu sy cuma pakai RG sport je..
ReplyDeleteNak tnye, klau tkar cdi racing kne tukar skali mj ke bos ?
ReplyDeleteHonda future sya 2012 dh 5 tahun pakai for only long distance dari jb ke Ipoh so as usual engine bagus dh tahan lama then pada 2016 raya cina balik KL kena kt nilai petrol station tk silap sya ada 2 station well on high speed tiba2 engine mati..ingat jam ke apa so dok tgh risau gila gn marah takut ah sdh tengah2 mana org nk tolong..ngam2 ada lori contractor repair jlnrya berhenti bawak ke kedai motor n bukak rupa2 nya choke screw penutup mulut carburetor tertanggal and tertutup cina itu kata carburetor kena tukar betul ke bro mcm tu...please terangkan
ReplyDeleteHonda future sya 2012 dh 5 tahun pakai for only long distance dari jb ke Ipoh so as usual engine bagus dh tahan lama then pada 2016 raya cina balik KL kena kt nilai petrol station tk silap sya ada 2 station well on high speed tiba2 engine mati..ingat jam ke apa so dok tgh risau gila gn marah takut ah sdh tengah2 mana org nk tolong..ngam2 ada lori contractor repair jlnrya berhenti bawak ke kedai motor n bukak rupa2 nya choke screw penutup mulut carburetor tertanggal and tertutup cina itu kata carburetor kena tukar betul ke bro mcm tu...please terangkan
ReplyDeleteSya ingin bertanye tentang terdapat dua skru nat bawah enjin honda future. Satu utk minyak enjin dan satu lagi apabila dibuka terdapat spring. Skru yang ada spring ini untuk ape ye tuan?
ReplyDeleteSalam bang..cmne nak ganti cable speedo? Nak bukak casing bhgian kepala tu susah betul..boleh terangkan?
ReplyDeleteSize pilot ngn menjet standart brpe ye
ReplyDeleteAs'salam... Mohon pencerahan... Boleh saya tau apa punca enjin honda future 2016 saya semput2 atau tak lawas pada rpm tinggi...? Terima kasih...
ReplyDeleteTerbaik bro dh cuba ada kelainan dari sebelumnya...
ReplyDeleteTerbaik bro...
ReplyDeletePlaytech - New Zealand's #1 supplier of gaming equipment
ReplyDeletePlaytech, 출장샵 an innovator of software gri-go.com and services for online gaming and หารายได้เสริม iGaming 바카라 products, have partnered with supplier https://sol.edu.kg/ Casino.