Tuesday, 3 December 2013

Honda Future – mencuci bahagian di bawah U-box

Salam sejahtera! Rata-rata rider yang cermat biasanya menitikberatkan aspek kebersihan motosikal masing-masing, terutamanya pada bahagian luaran. Tidak hairanlah jika kita selalu lihat motosikal yang berkilat di jalanan walaupun usia kenderaan tersebut mungkin telah mengjangkau satu dekad! Kali ini saya ingin berkongsi tentang cara-cara mencuci bahagian dalaman Honda Future, termasuk langkah-langkah mengurangkan karat pada bahagian chasis joint.

Mula-mula, buka U-box dengan menanggalkan dua skru pengikatnya menggunakan spanar bersize 8 mm.


Harus diingat supaya anda mencabut kabel yang melekat pada U-box tersebut terlebih dahulu. Terdapat satu kabel berdekatan dengan skru pengikat manakala dua lagi kabel di bahagian kiri U-box. Anda perlu memasukkan tangan ke dalam untuk mencabut kedua-dua kabel tersebut. Kerja ini haruslah dilakukan dengan cermat bagi mengelakkan sebarang masalah kabel putus. Nah, kemudian anda akan Nampak pemandangan indah, erk bahagian dalaman chasis/frame Honda Future ni.


Bagi yang sudah lama tidak buka, pastinya akan berhabuk. Sediakan kain untuk mencuci frame daripada habuk tersebut.


Saya dapati terdapat karat pada joint di bahagian-bahagian yang ditunjukkan oleh anak panah. Mungkin motosikal yang baru dibeli tiada karat sedemikian rupa. Tarikh saya buka bahagian dalaman ni setelah 11 bulan menggunakan Honda Future. Anda dinasihatkan supaya menyembur WD40 ke joints yang telah berkarat untuk memanjangkan jangka hayat body frame motosikal ini dan mengelakkan perkara yang tidak diingini pada masa hadapan.


Ni lah rupa seat bersama U-box yang telah dicabut daripada motor. Tak tau nak cakap Nampak macam apa, haha.


Ni pulak bahagian dalaman yang sudah dibersihkan, tampak baru kan? Hehe. Lepas setahun lagi, boleh buka lagi untuk cucian kali kedua, kalau rajin.


Ok, cat pada bahagian welding ini telah tanggal akibat geseran dengan kabel. Disebabkan tiada karat pada bahagian welding ni, saya terus guna spray hitam untuk spray balik pada bahagian tersebut.




Ni lah rupa Honda Future tanpa seat & U-box! Rare! Haha!



Setelah spraying process selesai, biarkan bahagian tersebut lebih kurang 1 jam atau lebih, bagi cat tu betul-betul kering. Setelah itu, boleh lah balut guna selotape untuk mengelakkan geseran antara kabel dengan permukaan cat.




Selepas itu, pasang semula U-box tadi dengan memasukkannya perlahan-lahan dengan kabel disangkutkan di tempat asal. Selamat mencuba! Sekali lagi diingatkan bahawa segala risiko atau kerosakan atas tanggungjawab sendiri. Saya hanya berkongsi ilmu dan pengalaman. Jumpa lagi di entry akan datang!

Jangan lupa utk klik like fan page kami : https://www.facebook.com/KelabHondaFutureMalaysia
dan join group komuniti kami di :  https://www.facebook.com/groups/sahabatfuturians/

Sunday, 27 October 2013

Rantai kendur? Mari kita belajar asas mengetatkan rantai pemacu!

Salam semua! Diharap semua sihat sejahtera di samping keluarga, kawan-kawan & motosikal tersayang! Kali ni, saya ingin berkongsi cara-cara mengetatkan rantai yang longgar.


Disebabkan kesibukan dengan tugas-tugas harian, sesetengah penunggang dilihat mengabaikan keadaan rantai dan membiarkan ia terus menjadi longgar. Rantai yang longgar tidak dapat memberikan keselesaan optimum kepada penunggang, begitu juga dengan rantai yang terlalu ketat.

Bagi motosikal Honda Future, anda hanya perlu menyediakan spanar yang bersaiz 19, 14, 12 & 10 mm. Letakkan motosikal pada penegak tengah dengan gear neutral and suiz penghidup dimatikan. Longgarkan nat ‘axle’ sebelah kiri & kanan menggunakan spanar 14 & 19 mm seperti dalam gambar di bawah.



Kemudian, longgarkan nat pengikat (guna spanar 10 mm) pada kedua-dua bahagian ‘swingarm’ seperti dalam gambar di bawah.


Seterusnya, pusingkan nat penyelaras (spanar 12 mm) yang terdapat pada kedua-dua belah pengubahsuai rantai pemacu supaya penyelarasan dilakukan pada bilangan pusingan yang sama untuk mengetat ataupun melonggarkan rantai pemacu.


Penyelarasan rantai perlu dibuat di tengah-tengah, iaitu di antara ‘sprocket’ depan dan belakang. Pusing roda belakang dan periksa kelonggaran rantai pada bahagian lain. Kelegaan rantai yang disyorkan seperti dalam buku manual ialah 25-35 mm (1.0-1.4 in).



Periksa penjajaran ‘axle’ belakang dan pastikan tanda indeks selari dengan slot penyelaras belakang.



Ketatkan balik ‘axle’ rantai menggunakan spanar 19 & 14 mm. Kemudian, ketatkan penyelaras rantai menggunakan spanar 12 & 10 mm.




Tadaa, rantai sudah ketat, dah boleh teruskan perjalanan baik jarak jauh mahupun dekat dengan selesa. Diingatkan bahawa rantai pemacu hendaklah diperiksa dan diminyakkan pada tiap-tiap 500 km untuk ketahanan rantai yang optimum. Tidak dinafikan, jenis dan harga rantai juga memainkan peranan dalam menentukan kualiti dan ketahanan rantai, tapi kita sebagai penunggang motosikal perlulah mengambil langkah yang proaktif dan bijak dalam memilih alat ganti. Sekian untuk kali ini. Jumpa lagi di lain waktu.

Wednesday, 23 October 2013

Ketahui Dengan Lebih Lanjut Fungsi Minyak Enjin



Apakah fungsi minyak pelincir?Minyak pelincir melicinkan bahagian enjin untuk mengurangkan geseran, supaya ia boleh bergerak lancar dan dilindungi daripada menjadi haus. Lebih baik kualiti minyak pelincir, lebih baik kualiti minyak pelincir, lebih baik perlindungan dan prestasinya.

Bolehkah minyak pelincir berlainan jenama dicampurkan?
Kebanyakan minyak pelincir berasaskan mineral boleh bercampur antara satu sama lain. Bahan tambah yang dicampur memang kurang berkesan. Bagi minyak pelincir sintetik, ia harus digunakan secara penuh hati-hati. Sesetengahnya tidak boleh bercampur sepenuhnya dengan minyak pelincir mineral atau sintetik lain. Apabila menukar dari satu jenis ke satu jenis yang lain, sempurnakan penukaran minyak pelincir untuk hasil maksimum.


Apakah perbezaan antara minyak pelincir mineral dan minyak pelincir sintetik?
Minyak pelincir mineral diperoleh dari minyak mentah petroleum yang ditapis. Minyak pelincir sintetik prestasi tinggi telah melalui rawatan kimia yang kompleks dan menyebabkan ia mempunyai ciri-ciri fizikal dan kimia yang kuat. Dengan mengeksploitasikan ciri-ciri yang unggul ini, enjin boleh dilindungi dengan lebih baik.

Minyak pelincir saya menjadi hitam dalam beberapa hari sahaja apabila saya menukarnya. Adakah ini perkara biasa?
Jika minyak pelincir bertukar warna bermakna ia berfungsi. Minyak pelincir yang baik mengandungi bahan tambah pencuci untuk membersih enjin dan menyebabkan minyak pelincir bertukar hitam. Jika minyak pelincir tidak bertukar hitam ini boleh disebabkan tidak ada bahan tambah pencuci di dalamnya dan enapan masih melekat pada bahagian enjin.

Apakah maksud 15W-50?

Minyak pelincir ini ialah minyak pelincir multigred. Kesemua angka 15W, 10W, dan 50 mewakili gred kelikatan SAE*. 15W-50 bermakna minyak pelincir ini mempunyai unsur suhu rendah minyak pelincir 15W pada suhu rendah dan bertindak sebagai minyak pelincir kelikatan lebih tinggi (50) pada suhu tinggi. Minyak pelincir dengan satu angka, dikenali sebagai minyak pelincir monogred meliputi rangkaian suhu yang lebih kecil kerana sama ada ia terlalu likat atau terlalu cair pada suhu lain.

Adakah minyak pelincir yang lebih likat lebih baik. ?
Tidak. Kelikatan minyak dipilih untuk disesuaikan dengan sesuatu enjin. Minyak pelincir yang terlalu cair tidak mampu memberikan pelinciran yang mencukupi dan boleh menyebabkan penggunaan minyak pelincir yang banyak.  Jika terlalu likat pula, ia mungkin memberikan masalah seperti kurang kuasa, panas melampau, pengedaran lemah dan mengurangkan penjimatan bahan api.

*SAE - Society of Automotive Engineer

(Artikel ini dipetik daripada brosur pengedar minyak pelincir tempatan)

Saravanan Thambirajah
ERA Consumer Malaysia.
 
Info mengenai ini juga boleh di dapati di :
 
 
Untuk mendapatkan Futurians Oil silalah berhubung dengan Team Futurians seperti dibawah :
 
En Kamarul Zamzuri : 012 - 226 9974
En Anuar Ibrahim - 012 - 346 5628
En Azri Ahmad - 019 - 208 8557

Tuesday, 13 August 2013

Tutorial Memasang Tinted Untuk Visor Helmet

Salam 1 Hati Futurians!! Untuk entry pertama daripada saya, ingin saya memberi tumpuan kepada salah satu unsur keselamatan ketika bermotorsikal iaitu helmet, satu keperluan yang sangat penting bagi semua rider tak kira motosikal apa yang digunakan, baik Honda Future mahupun Honda Goldwing! Helmet merupakan satu keperluan dan sememangnya tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan seharian seorang rider. 

Terdapat pelbagai jenis helmet di pasaran. Ada yang fullface, half-face, ada penghadang cahaya matahari di depan, off-road & baby helmet. Pun begitu, kebanyakan rider biasanya menggunakan helmet half-face atau full-face yang tiada penghadang cahaya matahari. Helmet yang baru dibeli biasanya didatangkan dengan visor lutsinar (transparent) seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah:



Helmet full-face dengan visor lutsinar yang terdedah kepada sinaran matahari.
Baru-baru ini, saya telah mendapat satu idea bagaimana untuk mengurangkan kesan cahaya matahari pada helmet yang tiada penghadang cahaya. Caranya tidak begitu rumit. Anda memerlukan alat-alat seperti di bawah:
 
Gunting, syiling 10 sen, tinted film & tinted visor.

Visor lutsinar yang sedia ada tidak sesuai digunakan kerana akan menampakkan lapisan tinted yang akan dibuat. Bagi helmet model ini (LTD Fullface Supra Solid), tinted visor tidak terdapat di bengkel motosikal yang biasa. Anda boleh dapatkannya di kedai aksesori motosikal yang besar atau boleh dipesan secara online.


Pertama sekali, keluarkan visor asal. Pusingkan skru visor menggunakan duit syiling 10 sen. Bersihkan permukaan tinted visor bagi memastikan kekemasan tinted yang akan dipasang.

Setelah itu, ambil sekeping kertas A4. Ukur panjang & lebar tinted menggunakan kertas A4 terlebih dahulu. Panjang tinted adalah sama panjang dengan kertas A4 iaitu 29.7 cm dan lebar dalam 4.7 cm.


Tandakan pada kertas mengikut size visor.


Keluarkan kertas tersebut, lipatkan seperti dalam gambar di atas bagi mendapatkan bentuk yang simetri. Kemudian gunting bahagian yang ditandakan tadi.


Kertas tersebut boleh diperiksa pada visor sama ada ‘ngam’ atau tak ‘ngam’. Jika tidak ‘ngam’, anda boleh mengubahsuai kertas tersebut bagi menepati size visor.


Kemudian, bolehlah anda tandakan pada tinted mengikut size kertas tersebut. Potong tinted mengikut size yang ditandakan tadi.


Beginilah rupa visor yang telah siap ditinted. Untuk kesan halangan cahaya yang lebih efektif, lapisan tinted perlu dibuat dua kali ganda (double layer tinted) dengan mengulangi proses-proses di atas.

LTD fullface with double tinted-dark visor!


Perbandingan visor terdahulu (kanan) dengan visor sekarang (kiri). Selamat mencuba J


Perbandingan helmet yang ada dan tiada penghadang cahaya. Helmet biru tidak memerlukan tinted tambahan pada visor kerana telah dilengkapi penghadang cahaya. Ape pon, pilihan di tangan & poket masing-masing, selamat menunggang dengan hati yang tenang. :D

Sunday, 4 August 2013

Honda Future 101 - Pentingnya kebersihan rantai dan pemacunya

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dah lama tak update blog Honda Future ni. Dah bersawang dah wakaka. Almaklum saya baru habis 'mood : final exam' di kolej saya. Baru sekarang ada masa untuk buat entry baru. Maaf atas segala kesulitan. ;-)

Entry kali ni dibawakan untuk anda oleh tuan presiden kita, tuan Rashimy. Baru-baru ni (sebenarnya dah lama) beliau buat pemeriksaan rantai dan pemacu motorsikalnya. Walaupun tak lama mana sejak 'penyucian menyeluruh' rantai, tapi sekejap je rantai boleh 'tercemar' dengan kotoran semula. Maka bolehlah buat pembersihan rantai dan pemacu secara 'basic'. Untuk pembersihan rantai secara 'advance' saya akan upload bila saya nak cuci rantai pakai petrol. Bila? Saya pun tak pasti. Yang basic pun susah nak buat, inikan nak buat advance.. Erk?

Kebersihan rantai sangat penting, tak kisahlah motorsikal kapcai seperti Honda Future, mahupun superbike seperti Honda CBR1000RR Fireblade. Selain dapat menjimatkan duit, anda juga boleh mengelakkan kerosakan yang tidak diingini dan mengekalkan prestasi jentera anda. Bayangkan kalau anda tak jaga kebersihan rantai, tengah layan full throttle top speed Honda Future seratus nam kat PLUS, tiba-tiba...!! Motor meraung tak boleh pergi lagi. Rupanya rantai sudah tercicir entah ke mana. Alamak potong stim bai...

Ok cukup mengarut. Sekarang kita kenal pasti bahagian mana yang akan selalu tercemar dengan kotoran...

Chain guide

Bahagian ni berada dalam cover hitam, atas cover spoket depan. (faham tak?) Spoket depan punya cover, atas dia ada cover hitam. Bukak je cover hitam tu. Ada satu skru bunga philip kat bawah cover hitam tu. Bukak skru tu dah boleh bukak cover hitam. Cara bukak, tarik je cover hitam tu wakaka.

Pemandu rantai ke jalan yang benar (atau chain guide) ni akan selalu kotor. Pasir dan batu kecil akan bersarang di kawasan ini tanpa kita sedari. Bila rantai kendur, ia akan mengendurkan dirinya (you don't say?...) dan menggunakan chain guide ini supaya rantai tak hilang arah, lalu menyapu segala pasir dan batu yang bersarang di situ. Bila rantai menyapu segala kotoran dan sampai ke spoket, maka pendeklah jangka hayat spoket dan rantai motor anda.


Cover hitam atas cover spoket

Inilah yang dimaksudkan cover hitam, atas cover spoket. Cover ini yang menutup chain guide supaya kotoran tidak hadir dari tepi. Walau bagaimanapun, kotoran masih boleh datang dari alam misteri. Kotoran di bawah cover hitam tu tak akan kena rantai, tapi alang-alang dah bukak tu apa salahnya bersihkan.


 

 

Ok nak buka cover spoket belah depan tu, anda boleh gunakan spanar T saiz 8. Ingat lagi tak spanar T? Kalau tak ada spanar T, spanar saiz 8 yang panjang sikit pun boleh. Oleh kerana nat atas tu agak ke dalam, menggunakan spanar bulat atau spanar C saiz 8 adalah mustahil. Bukak je nat atas bawah tu, dah boleh bukak cover spoket depan.

 

 

Bila dah bukak cover spoket depan, maka anda akan nampak keindahan (erk) spoket depan. Spoket depan yang memacu motorsikal anda supaya boleh bergerak, bilamana ianya dikawal oleh tangan kanan anda. Lagi banyak anda perah, lagi kuat minyak parah. Kotoran juga suka bersarang di kawasan spoket depan, jadi pastikan kawasan sekeliling spoket depan bebas dari kotoran.


Sebelah spoket depan ialah chain guide. Seperti yang anda dapat lihat, rantai kendur 'landing' di chain guide tersebut. Bayangkan kalau banyak kotoran kat chain guide tu. Rantai memainkan peranan membawa kotoran ke spoket depan dan belakang... Perfect conveyor belt of destruction. :-p



Perhatikan juga plate/washer/besi yang melapik cover spoket depan. Juga boleh tercemar dengan kotoran. Kasi bersih, alang-alang dah bukak dengan cover spoket depan sekali, kasi bersih semua...



Dah bersihkan semua, boleh pasang balik cover spoket depan dan cover hitam tadi dan selesailah upacara pembersihan rantai dan pemacunya secara basic. Walaupun basic, nampak macam simple, tetapi ianya boleh memanjangkan hayat rantai dan spoket anda. Nampak remeh, tapi itulah yang biasa manusia ambil remeh. Pastu rantai dan spoket kena tukar selalu, mula nak mengomel dalam Facebook. Pastu post kena delete dengan tuan presiden, mengomel lagi wakaka.

Dah banyak kali ingatkan, RISIKO TANGGUNG SENDIRI. Kalau anda tak yakin, JANGAN BUAT. Dapatkan nasihat pomen berdekatan anda. Kalau salah buat, rosak sana sini, kami tak tanggung. Kami buat sebab kami tahu apa kami buat. Kalau anda pandai-pandai buat selain apa yang kami buat, kami pun tak tau nak buat macam mana lagi. Oh ya, dah bersihkan rantai tu, minyaklah balik rantai tu. Kang makin cepat rosak pulak rantai dan spoket tu. Sekian, kbye. :-)

p/s : Jangan lupa click likes fan page The Futurians di sini .