Tuesday, 3 December 2013

Honda Future – mencuci bahagian di bawah U-box

Salam sejahtera! Rata-rata rider yang cermat biasanya menitikberatkan aspek kebersihan motosikal masing-masing, terutamanya pada bahagian luaran. Tidak hairanlah jika kita selalu lihat motosikal yang berkilat di jalanan walaupun usia kenderaan tersebut mungkin telah mengjangkau satu dekad! Kali ini saya ingin berkongsi tentang cara-cara mencuci bahagian dalaman Honda Future, termasuk langkah-langkah mengurangkan karat pada bahagian chasis joint.

Mula-mula, buka U-box dengan menanggalkan dua skru pengikatnya menggunakan spanar bersize 8 mm.


Harus diingat supaya anda mencabut kabel yang melekat pada U-box tersebut terlebih dahulu. Terdapat satu kabel berdekatan dengan skru pengikat manakala dua lagi kabel di bahagian kiri U-box. Anda perlu memasukkan tangan ke dalam untuk mencabut kedua-dua kabel tersebut. Kerja ini haruslah dilakukan dengan cermat bagi mengelakkan sebarang masalah kabel putus. Nah, kemudian anda akan Nampak pemandangan indah, erk bahagian dalaman chasis/frame Honda Future ni.


Bagi yang sudah lama tidak buka, pastinya akan berhabuk. Sediakan kain untuk mencuci frame daripada habuk tersebut.


Saya dapati terdapat karat pada joint di bahagian-bahagian yang ditunjukkan oleh anak panah. Mungkin motosikal yang baru dibeli tiada karat sedemikian rupa. Tarikh saya buka bahagian dalaman ni setelah 11 bulan menggunakan Honda Future. Anda dinasihatkan supaya menyembur WD40 ke joints yang telah berkarat untuk memanjangkan jangka hayat body frame motosikal ini dan mengelakkan perkara yang tidak diingini pada masa hadapan.


Ni lah rupa seat bersama U-box yang telah dicabut daripada motor. Tak tau nak cakap Nampak macam apa, haha.


Ni pulak bahagian dalaman yang sudah dibersihkan, tampak baru kan? Hehe. Lepas setahun lagi, boleh buka lagi untuk cucian kali kedua, kalau rajin.


Ok, cat pada bahagian welding ini telah tanggal akibat geseran dengan kabel. Disebabkan tiada karat pada bahagian welding ni, saya terus guna spray hitam untuk spray balik pada bahagian tersebut.




Ni lah rupa Honda Future tanpa seat & U-box! Rare! Haha!



Setelah spraying process selesai, biarkan bahagian tersebut lebih kurang 1 jam atau lebih, bagi cat tu betul-betul kering. Setelah itu, boleh lah balut guna selotape untuk mengelakkan geseran antara kabel dengan permukaan cat.




Selepas itu, pasang semula U-box tadi dengan memasukkannya perlahan-lahan dengan kabel disangkutkan di tempat asal. Selamat mencuba! Sekali lagi diingatkan bahawa segala risiko atau kerosakan atas tanggungjawab sendiri. Saya hanya berkongsi ilmu dan pengalaman. Jumpa lagi di entry akan datang!

Jangan lupa utk klik like fan page kami : https://www.facebook.com/KelabHondaFutureMalaysia
dan join group komuniti kami di :  https://www.facebook.com/groups/sahabatfuturians/